Khadijah.jpg

Khadijah Khalid

Terapis Pertuturan​-Bahasa

Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Patologi Pertuturan

Master of General and Applied Linguistics (Advanced)

Advanced Certified Autism Specialist

Khadijah Khalid merupakan seorang Terapis Pertuturan-Bahasa yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Patologi Pertuturan dari Universiti Sains Malaysia dan Master General and Applied Linguistics (Advanced) dari The Australian National University. Beliau juga mempunyai pensijilan Advanced Certified Autism Specialist

 

Beliau mempunyai pengalaman bekerja di pelbagai sektor atau penempatan seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), sekolah, hospital dan pusat terapi swasta. Beliau bekerja dengan individu dari pelbagai peringkat umur dan tahap ketidakupayaan misalnya kanak-kanak autisme, kanak-kanak yang mempunyai sumbing dan mempunyai masalah makan, orang dewasa yang mengalami strok atau kecederaan otak disebabkan kemalangan atau trauma serta kelewatan perkembangan.

 

Khadijah mempunyai kesungguhan dalam membimbing dan menggunakan pendekatan holistik untuk membantu individu-individu dalam jagaannya mencapai potensi mereka melalui kekuatan yang mereka ada. Beliau juga percaya bahawa penglibatan antara profesional dan keluarga akan membantu kanak-kanak bekeperluan khas untuk mencapai potensi mereka.