IMG_20191125_162945.jpg

Leong Mei Hong

Fisioterapis

Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian)

(Asia Metropolitan University Malaysia)

Leong Mei Hong merupakan ahli Fisioterapi yang berdaftar dengan Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) dari Universiti Metropolitan Asia, Malaysia. Mei Hong adalah Fisioterapis yang mempunyai minat khusus dalam bidang Pediatrik.

 

Beliau seronok bekerja dengan kanak-kanak dari semua peringkat umur dan kebolehan. Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan kanak-kanak dengan pelbagai jenis ketidakupayaan termasuk Gangguan Spektrum Autisme, Palsi Serebrum, Kelewatan Perkembangan Global, Sindrom Down, Kelewatan Motor, dan Kecederaan Otak.

 

Apabila bekerja dengan kanak-kanak, Mei Hong percaya tentang kepentingan penilaian yang terperinci serta perancangan terapi yang melibatkan keluarga, yang sama-sama terlibat dalam merangka matlamat bagi anak-anak mereka untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

 

Mei Hong berminat dengan gaya hidup yang sihat dan aktif. Hobi semasa beliau termasuk berlari, latihan senaman rintangan dan membaca buku.